http://www.ljt.org.my/image/headerbaru.jpg

Profil Organisasi | Pendaftaran | Direktori | Perundangan | Pengumuman | Maklumbalas | Pautan | Laman Utama

 

logoljt

IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan berikut: 

A. NAMA JAWATAN:

     Jawatan                                   - Pembantu Setiausaha Pejabat

     Klasifikasi Perkhidmatan           - Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

     Gred                                        - N17

     Taraf & Kekosongan Jawatan     - 1 Kontrak

     Calon yang berjaya akan ditempatkan sebagai Pembantu Kepada Timbalan Setiausaha.

B. JADUAL GAJI

     Gred                Jadual Gaji Matriks

     Gred N17 - P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35

                      P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50

                      P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

C. SYARAT LANTIKAN

     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

        i) Warganegara Malaysia;

        ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

        iii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

        iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf              setaraf dengannya oleh kerajaan.

D. CARA MEMOHON

     a) Calon yang berminat diminta menghantar surat permohonan beserta resume dan dokumen-dokumen berikut:-

        i) Salinan Kad Pengenalan;

        ii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil Kelulusan & Transkrip; dan

        iii) Gambar berukuran passport terkini.

     b) Borang permohonan boleh dihantar terus ke Seksyen Pentadbiran atau melalui pos ke alamat berikut:-

SETIAUSAHA

LEMBAGA JURUKUR TANAH

ARAS 5 - 7, WISMA LJT

LORONG PERAK

PUSAT BANDAR MELAWATI

53100 KUALA LUMPUR

     c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Mac 2010.

     d) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

     e) Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

     f) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan         sebagai tidak berjaya.

 

 

 

 

 

 

Hakcipta terpelihara Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia 2010.