http://www.ljt.org.my/image/headerbaru.jpg

Profil Organisasi | Pendaftaran | Direktori JTB | Syarat dan Peraturan | Pengumuman | Maklumbalas | Pautan | Laman Utama

Pengenalan

1.     Akta Juruukur Tanah Berlesen (License Surveyors Act) dan Peraturan JTB (LLS Regulations) 1959 membolehkan individu-individu yang berkelayakan (selain daripada Juruukur Kerajaan) untuk menjalankan kerja-kerja ukur. Kelayakan bagi individu ini dijelaskan di dalam Seksyen 9, Akta 458. Seksyen 21(2)(a) memberikan kuasa kepada Lembaga Jurukur Tanah untuk ‘menentukan kelayakan di mana seseorang itu berkeinginan untuk menjadi JTB’. Kelayakan-kelayakan ini adalah perlu bagi memelihara kepentingan Kerajaan di mana Kerajaan menjamin setiap geran di dalam Sistem Pendaftaran Tanah Negara.

 

2.     Bahagian ini memperincikan secara jelas kelayakan, keperluan dan prosedur pendaftaran sebagai Juruukur Tanah Berlesen, dan sebagai panduan kepada individu-individu yang berminat menyertai profesion ukur ini.

 

3.     Seksyen 9(1) Akta 458 menyatakan bahawa setiap individu layak berdaftar selepas membuat permohonan kepada Lembaga, di mana Lembaga berpuas hati bahawa syarat-syarat berikut dipenuhi;

i.              Berumur lebih daripada 20 tahun dan mempunyai sikap yang baik; DAN

ii.             Telah memperolehi Sijil Kelayakan (Certification of Compentency) yang dikeluarkan oleh Lembaga selepas lulus peperiksaan yang telah ditetapkan; ATAU lulus peperiksaan professional yang diiktiraf oleh Lembaga yang melayakkannya untuk melangkaui peperiksaan Lembaga dan telah melengkapkan tempoh latihan yang diperlukan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia atau di Republik Singapura sepertimana ditetapkan oleh Lembaga; DAN

iii.            Telah menjelaskan bayaran yang ditetapkan; DAN

iv.            Individu berkenaan bukan dikeluarkan daripada daftar dan bukan di bawah penggantungan daripada amalan di bawah seksyen 16 dan 17.

 

4.     Seksyen 9(1)(b) Ordinans memperuntukkan hanya 2 kaedah di mana seseorang individu boleh didaftarkan, iaitu;

i.              Lulus peperiksaan Lembaga; atau peperiksaan yang diterima oleh Lembaga dan mendapatkan sijil kelayakan (Certificate of Competency). Bahagian III dan IV menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan kaedah ini; ATAU

ii.             Lulus peperiksaan profesional yang diiktiraf oleh Lembaga. Kaedah kedua ini terpakai terutamanya kepada para graduan yang memegang ijazah di dalam bidang ukur.

Syarat Pendaftaran

Prosedur Pendaftaran

Ringkasan

Appendiks A

Appendiks B

LJT 5

LJT 6

LJT 6A

LJT 7

LJT 8

LJT 9

LJT 9A

Borang Pengisytiharan

Permohonan Lesen Ukur

Jadual Pertama

Jadual Kedua

Ringkasan Bayaran

 

 

 

 

 

*Sekiranya timbul sebarang perbezaan di antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris adalah penentu untuk sebarang tujuan. Sila rujuk dokumen penuh untuk perincian lanjut.

 

 

 

Hakcipta terpelihara Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia 2010.