FAQs

Frequently Asked Questions


Apakah kiraan atau caj untuk tanah pertanian?

Lihat jenis kelulusan (rujuk surat bertarikh 7/1/2011)

Bagaimana menukar keluasan daripada ekar ke kaki persegi?

Langkah 1) Tukar terlebih dahulu ekar kepada meter persegi dengan mendarabkan keluasan ekar berkenaan dengan 4046.856
Langkah 2) Jawapan yang diperolehi dalam meter persegi didarabkan pula dengan 10.7639 untuk mendapatkan keluasan dalam kaki persegi.

Kadar bayaran ukur yg dikenakan oleh JTB berdasarkan/berpandukan kepada apa?

Rujuk pada Jadual Ketigabelas, Peraturan 99 JTB 1959 atau semak di sini

Tangki Air – caj di bawah kategori apa?

Caj mengikut negeri/bayaran premium yang dibayar ke PBN – kebiasaannya industri

Kolam Tadahan/Kolam Kumbahan - caj di bawah kategori apa?

Kolam Tadahan (detention ponds) – kediaman
Kolam Kumbahan (oxidation ponds) / najis – industri (perusahaan)

Sekolah, Tadika, Dewan, dan lain-lain kemudahan awam - caj di bawah kategori apa?

Kediaman. Sekiranya sekolah swasta, caj di bawah kategori perdagangan di mana kategori perdagangan adalah untuk sesuatu yang memberikan keuntungan (profit)

Padang Golf dan Kawasan Lapang, Zon Penampan dan lain-lain - caj di bawah kategori apa?

Padang Golf – Jadual VII (Special Purposes)
Kawasan Lapang Zon Penampan, - Jadual I (Residential – open space)

Caj untuk cantuman lot mengikut jadual mana?

Terdapat 2 kategori cantuman :–

1) Tanpa ukuran padang (Jadual VI) - kompilasi
2) Dengan ukuran padang (Jadual I)

Pengambilan balik tanah lot, apa yg perlu diukur?

Mesti ukur semua baki yang tinggal selepas pengambilan balik di mana, caj diikut pada jenis tanah asal dan keluasannya. Bagi tanah pertanian / lot yang besar boleh guna minimum caj iaitu 2.00 / meter

Pewartaan tanah perhutanan / tanah perhilitan guna jadual mana?

Guna Jadual VII (Special Purposes). Di mana ikut pada perimeter (4.00 / meter)

Apakah langkah-langkah untuk menutup kerja / kerja pengukuran hendak ditarik balik oleh pemilik tanah?

Langkah 1) Dapatkan surat pengesahan daripada PBN (Pejabat Tanah / PTG) yang mengatakan bahawa kerja pengukuran hendak ditarik balik / batal;
Langkah 2) Pemilik maklumkan kepada JTB hasrat untuk batalkan kerja pengukuran;
Langkah 3) JTB hantar surat kepada LJT memberitahu hasrat tuan tanah dengan mengembalikan Sijil Akuan asal kepada LJT, No. Lot Baru dipulangkan kepada JUPEM (jika ada) dan surat pengesahan daripada PBN yang mengesahkan kerja ditarik balik atau dibatalkan;
Langkah 4) Pastikan JTB maklumkan kepada tuan tanah yang mana LJT hanya akan memulangkan baki bayaran deposit ukur sahaja (selepas tolak cukai kerajaan, bayaran 10% & bayaran 99% pelan pra-hitungan ke JTB, termasuk 2% caj perkhidmatan LJT). Sekiranya kerja padang telah dijalankan, JTB layak menuntut 50% lagi ke atas baki bayaran.
Langkah 5) Tuan tanah perlu mengesahkan kepada JTB secara bertulis, penama yang akan diletakkan di atas cek bagi tujuan pembayaran baki deposit ukur berkenaan di mana surat pengesahan perlulah diserahkan kepada LJT.